:
SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA


Nama Program dan Kod : Peralatan Penyaman Udara HVAC ( ME-021-2:2012 )

Tahap : 1 dan 2
Tempoh : 1 tahun termasuk 6 bulan latihan kemahiran

Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran penyamanan udara (airconditioning) dan penyejukkan (refrigeration) yang melibatkan industri pembuatan makanan berteknologi tinggi, perhotelan, industri makanan sejukbeku, industri teknologi hijau dan industri perkhidmatan atau servis.

Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam subjek yang diajar iaitu :

1. MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
2. PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN
3. MENGENDALI PERALATAN DAN BAHAN PENDINGIN
4. MENGENDALI PENDAWAIAN ELEKTRIK
5. KENDALIAN MOTOR ELEKTRIK
6. MENGENDALI SISTEM PENYAMAN UDARA KEMAS SIAP SEJUK UDARA (AIR COOL) DAN BILIK SEJUK (COOL ROOM)
7. MENGENDALI UNIT PENYAMAN UDARA JENIS SEJUK AIR-WATER COOLER
8. MENGENDALI UNIT PENGAGIHAN UDARA

PELUANG KERJAYA

a. Jawatan yang berkaitan

Juruteknik Pemasangan/Servis AC
Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan
Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi
Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Penolong Jurutera untuk perunding dan firma kontraktor
Usahawan dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik